Saturday, June 15, 2013

Jom Kejar Cinta dan Rahmat Allah
Assalamualaikum kepada semua pembaca2 blog saye..
terima kasih kerana masih sudi membaca blog ini lagi..
hari ni saye nak sambung mengupdate blog ni,
entry kali ni berkaitan Cinta Allah
Cinta Allah meliputi segala-galanya..
saya nak share info yang saye dapat dari rakan saye
waktu rakan saye sedang menonton program ceramah di tv,
ade seorang penceramah tu berkata sebenarnya segala amalan
yang kita buat selama ni yang dapat pahala tu terlalu sedikit untuk
kita bawa bekalan untuk akhirat tu..kalau nak tahu, sebesar kelopak mata je..
kalo xsilap lah...perkara yang paling besar sebenarnya adalah rahmat Allah..
setitis rahmat Allah itu dah meliputi segala-galanya..
subhanaallah...banyak kan rahmat Allah tu..
jom kite berusaha untuk meraih rahmat Allah..
xnak ke rahmat Allah yang banyak tu..
Berdasarkan hadis qudsi yang dilaporkan oleh Abu Hurairah,
Nabi Muhammad pernah menyatakan bahawa Allah menjelaskan yang bermaksud..
"Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hamba-Ku adalah mengikut sangkaan hamba-Ku
terhadap-Ku.Aku bersamanya apabila dia mengingati-Ku.Sekiranya dia mengingati-Ku dalam hatinya, maka Aku mengingati dia dalam hati-Ku,dan sekiranya di mengingati-Ku dalam perhmpunan, maka Aku ingati dia dalam perhimpunan yang lebih baik,iaitu jemaah para malaikat yang maksum dan suci daripada segala dosa. Apabila hamba-Ku mendekati-Ku sejengkal,maka Aku dekati dia sehasta.Apabila dia mendekati-Ku sehasta,maka Aku dekati dia sedepa. Apabila dia datang mendekati Aku dengan berjalan,maka Aku dekati dia dengan berlari.".Direkodkan oleh Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan lain-lain.
Jom mulai sekarang,kita dekati Allah dan cuba untuk kejar rahmat Allah.